Saturday 10 November 2012

kata-kata cinta


Dalam kekalutan mencari siapa diriku,
Mencari siapa dirimu,
Terselit hadirnya kamu,
Meminta kasih,simpati dariku yang tidak bertepi,
Ke mana mahuku sisipkan kasih ini,
Kerana kasih yang tidak pasti,
Siapakah penghuni hati ini,
Lalu ku serahkan segalanya kepada penciptaku ,
Pemilik cintaku yang sebenarnya...
Namun aku hanyalah manusia biasa,
Fitrah hidupku berpasangan,
Kehendak naluri sanubari meronta-ronta,
Memberi peluang,
Namun tidak jua ku temui,
Cinta yang mahu seiring dengan cintaku bersama penciptaku yang abadi....

No comments:

Post a Comment